Sunday 1 November 2015

Sedarlah Amerika: Ancaman Sebenar Selain Perjanjian Nuklear Iran ialah Ideologi Wahhabi oleh Arab Saudi

Profesor Kerajaan        
Dipost: 09/08/2015 9:04 am EDT Updated: 09/08/2015 9:59 am EDT
http://www.huffingtonpost.com/david-oualaalou/wake-up-america-the-real-_b_8097038.html



Jika pemerintah yang kembali ke Washington minggu ini membuat kerja rumah, mereka akan sedar bahawa perjanjian nuklear Iran bukan sahaja menjadi ancaman kepada keselamatan antarabangsa di Amerika atau negara lain. Sekutu radikal kami, iaitu Arab Saudi, juga adalah sebahagain daripada masalahnya, di Timur Tengah dan diluarnya.
Memang jarang saya menulis mengenai isu agama. Tetapi, di dalam analisa mengenai apakah dunia Islam fikirkan mengenai perjanjian nuklear Iran dengan Barat, isu Islam selalu akan timbul. Adakan orang Islam akan bertanya, seperti sepatutnya, dimanakan kepercayaan mereka mengenai Islam akan menuju, disebabkan aksi berlebihan Arab Saudi mengenai kononnya adanya ancaman daripada Iran? Adakah setiap hari orang Islam akan terfikir kenapakah umat Islam mundur dan tidak maju seperti umat Kristian, seperti kemajuan umat Islam pada masa lampau?
Mengenai kemunduran umat Islam secara keseluruhannya, tidak mengejutkan, kerana kurangnya perdebatan yang tulus dan membina, tetapi selalunya perdebatan itu disembunyikan oleh berita-berita kekejaman yang dilakukan kononnya atas nama Islam.
Dua alasan menyebabkan saya menulis mengenai agama ini yang berada dalam krisis. Pertama, disebabkan oleh surat daripada 200 mantan jeneral dan admiral Amerika Syarikat, yang ditulis kepada Kongres yang meminta pemerintah untuk tidak menerima perjanjian nuklear Iran tersebut, yang dikatakan menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Kerisauan mereka mengenai perjanjian Iran memungkinkan perdebatan, tetapi kerisauan mereka bukanlah realiti tetapi hanyalah sebuah perbohongan , yang kononnya ancaman kepada Amerika dari Timur Tengah datangnya daripada iran.

Seperti seorang kolumis Amerika, Thomas Friedman, saya terpaksa mendedahkan pembohongan ini. Fakta sebenar sepatutnya didedahkan.

Leftenan Jeneral Thomas McInerney, seorang mantan Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat dan seorang pegawai industri pertahanan, menyatakan: “Apa yang saya tidak suka mengenai perjanjian ini ialah, pertamanya penyokong utama kumpulan radikal Islam ialah orang Iran. Mereka inilah pelaku Islam radikal di seluruh benuanya dan di seluruh dunia. Dan sekarang kita akan membenarkan mereka untuk mendapatkan senjata nuklear.”

Apa yang jeneral tersebut terlupa atau cuba sembunyikan ialah ancaman sebenar puak radikal Islam ialah datangnya daripada sekutu kita, iaitu Arab Saudi. Bagaimana kita boleh lupakan bahawa 15 daripada 19 penyerang insiden 9/11, datangnya dari Arab Saudi? Walaupun Iran terlibat melalui proxinya (Hizbollah) semasa serangan berani mati pada tahun 1983 ke atas kedutaan Amerika dan markas Marinir di Beirut yang dibesar-besarkan, tetapi tiada yang lebih merbahayakan daripada fahaman sempit idelogi Wahabi yang dipromosikan oleh Arab Saudi dan dipromosikannya menggunakan wang hasil petrolnya. Sokongan kewangan bermula sejak 1970s, bila Riyadh bercadang untuk menghapuskan kepelbagaian di dalam Islam dan menggantikannya dengan fahaman Islam yang sempit, termasuk penindasan ke atas wanita, dan mempromosi cara hidup yang terkongkong dan menyebarkannya melalui madrasa-madrasa, yang mengajarkan ajaran Islam kepada pelajarnya, tetapi meminggirkan subjek-subjek yang penting dan kritikal seperti matematik dan sains. 

Seseorang tidak perlu melihat jauh bagaimana al-Qaeda terbentuk, bagaimana penguasaan ISIS di Iraq dan Syria berjaya, dan bagaimana kumpulan al-Nusra (sebuah kumpulan serpihan dari al-Qaida) di Syria telah berkembang. Kesemuanya, kumpulan-kumpulan tersebut terwujud disebabkan oleh sekutu radikal Islam kita, iaitu orang-orang Saudi. Kumpulan-kumpulan ini tidak akan mempromosikan ilmu pelajaran, masyarakat yang bertamadun, pandangan agama yang sederhana dan asas kehidupan sebagai seorang manusia yang berfikiran. Mereka terwujud daripada fahaman Wahabi yang tidak disebutkan oleh Jeneral Leftenan McInerney dan mereka yang lain.  Tetapi, mereka juga membohongi fakta dan cuba menyebarkan pembohongan mereka itu di kalangan rakyat Amerika, dimana kita semua sudah tahu mengenai peperangan di antara Sunni dan Shiah sesama umat Islam.

Untuk membuka mata, kita patut membaca pada sebuah artikel bertarikh 16 Jun 2014 oleh The New York Times: “Selama bertahun, Arab Saudi telah menyebarkan berbillion-billion wang dari hasil petrolnya kepada organisasi Islam di seluruh dunia, secara senyap mengamalkan diplomasi rasuah untuk kepentingan agendanya”. Atau pada 5 Desember 2010, sebuah laporan BBC: “Sekretari AS Hillary Clinton memberi amaran tahun lepas di dalam sebuah memo rahsia yang terbocor, yang menyatakan bahawa penderma dari Arab Saudi adalah sumber utama kewangan bagi pihak terroris Sunni di seluruh dunia.”
Alasan kedua saya menulis artikel ini ialah lebih kepada persoalan: Adakah ini masanya untuk berfikir, orang Muslim yang budiman untuk melawan kekejaman yang dilakukan atas nama agama mereka? Ianya adalah sesuatu yang susah untuk menjelaskan kepada seseorang yang bukan Islam bahawa orang-orang Islam itu boleh menjadi “umat yang terbaik di muka bumi” berdasarkan ayat Al-Quran, tetapi Arab Saudi, tempat lahirnya agama Islam, mempromosikan kebencian, ektrimis dan versi Islam yang sesat. Dunia Islam perlu bangun kepada realiti bahawa berkembangnya persepsi yang negatif di seluruh dunia mengenai Islam.
Apa yang berlaku atas nama agama sepatutnya ditentang oleh organisasi Islam dari dalam. Mereka sepatutnya melaungkan protes kepada wang petrol Saudi yang digunakan untuk mengubah bagaimana dunia Islam mengamalkan agamanya dengan sebenarnya. Tetapi, itulah bagaimana sebahagian daripada ahli politik – dan iya, termasuk dari negeri ini—yang gagal menerangkan kepada rakyat Amerika (cerita sebenarnya), hanya kerana tidak mahu menentang penguasa politik, tidak mahu gagal mendapatkan sumber kewangan dan tidak mahu kalah pada pemilu seterusnya. 
Masa Untuk bertanya
Mungkinkan perjanjian Iran dengan Barat ini akhirnya akan memberikan peluang kepada Dunia Islam untuk bertanya, didalam propaganda Saudi mengenai ketakutan terhadap Shiah, apakah motifnya? Inilah masa untuk perdebatan yang tulus mengenai arah tujuan Islam? Saya percaya. Masa berubah, masyarakat pun berubah dan dunia Islam pun perlu berubah dengannya. Masa dimana seorang imam boleh mengadakan sebuah fatwa yang melarang kaum perempuan untuk belajar mesti dihapuskan. Masa dimana seorang diberikan kekuasaan agama dan status, hanya kerana dia memiliki janggut yang panjang dan kononnya menghafal Al-Quran patut dihapuskan.
Masanya untuk mengetahui siapakan sebenarnya yang menderma kepada fahaman ektrimis ini di kalangan dunia Islam. Masanya untuk memecahkan halangan daripada puak agama sesat ini yang bukanlah sebahagian daripada Islam sebenar. Dan masanya untuk umat Islam berfikiran kritikal terhadap dirinya sendiri, dan bukan menyalahkan orang lain ke atas segala kemunduran dan masalah yang menimpanya. Kegagalan untuk melihat kesalahan dirinya sendiri, akan menyebabkan pelbagai masalah yang lebih parah, tetapi ianya hanya akan disedari oleh sebahagaian kecil umat Islam sahaja.


Seperti yang dikatakakan oleh buku yang akan dilancarkan oleh saya, “Negara Iran Bernuklear: Suasana Geopolitic yang baru di Timur Tengah”,  perjanjian Iran dengan Barat akan menyebabkan suasana kelam kabut di kawasan tersebut, sama ada di sudut politik, agama, sosial dan juga ekonomi. Tetapi, menyatakan perjanjian nuklear Iran itu sahaja adalah ancaman kepada kawasan tersebut – dan juga ancaman kepada Amerika Syarikat – adalah sebuah penipuan. Biarlah berterus terang: Selain Iran, ideologi radikal dari Arab Saudi ialah sumber utama ketidakstabilan di kawasan tersebut dan sekitarnya. 

No comments:

Post a Comment