Sunday 1 November 2015

Aliansi antara Israel dan Arab Saudi


Hubungan aliansi antara Israel dan Saudi, walaupun sekarang seperti tersembunyi daripada pengetahuan orang ramai, sebenarnya berkait rapat dengan kepentingan Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah dan Asia Barat. Amerika berharap dengan aliansi antara Israel dan Saudi ini, akan melemahkan perasaan anti-Israel di kalangan bangsa Arab dan orang Islam di seluruh dunia, dan akan menjadikan aliansi itu sebuah kuasa di rantau itu untuk melawan kekuatan Iran, dan mengasingkan pengaruh radikal kumpulan Islam Sunni dan Shiah.

Oleh News Eastern Outlook/ September 15, 2015

Burung yang Sama Bulunya: Kedua-dua pemerintah Saudi dan Israel perlu bersatu demi mengukuhkan penguasaan mereka di Timur Tengah

Tel Aviv, Israel (NEO)- Arab Saudi yang mengaku sebagai salah sebuah negara yang menjadi pemimpin kepada keseluruhan negara Arab dan Islam, telah menghalangnya daripada mengaku kewujudan sebuah negara Israel yang berdaulat yang bersempadan dengannya, sedangkan Tel Aviv (Israel) pula telah tidak bersetuju dengan pelan Regulasi Timur Tengah (RTT) yang mencadangkan Riyadh (Arab Saudi) untuk terlibat di dalam persempadan semula Israel seperti sebelum tahun 1967. Akibatnya pelbagai faktor di dalam dan di luar negara, kedua-duanya tidak akan menukar pendirian masing-masing, tetapi masih menjalinkan hubungan antara pegawai kerajaan mereka.

Tetapi, walaupun tiada hubungan diplomasi antara mereka, ini tidak menghalang hubungan antara pegawai kerajaan Israel dan Saudi. Terbaru, terdapat pelbagai laporan media mengenai pertemuan antara wakil kerajaan keduanya, dan terdapat laporan yang Saudi bersedia memberikan kepada Israel, ruang udaranya dan pengkalan udara tenteranya untuk menempatkan helikopter penyelamat, pesawat pengisi minyak dan pesawat tanpa awak Israel, jika Israel bercadang untuk mengebom pengkalan nuclear Iran. Sebahagian daripada laporan tersebut telah tidak diakui oleh wakil kerajaan mereka, tetapi sebahagian laporan tersebut telah pula diakui oleh wakil kerajaan kedua negara.

Berdasarkan informasi daripada seorang pemberita Jerusalem Post, sejak 2014, telah berlaku sekurang-kurangnya lima mesyuarat rahsia antara Saudi dan Israel, yang berlaku di India, Itali dan Republik Czech. Laporan di media Arab mengatakan beberapa pegawai tertinggi keselamatan Israel, termasuk ketua Mossad, secara rahsia telah datang ke Riyadh dan telah mengadakan diskusi dengan pegawai tertinggi keselamatan Saudi. Juga telah diadakan pertemuan dengan ketua Agensi Intel Saudi, Putera Bandar Bin Sultan, dengan pegawai tertinggi agensi rahsia Israel di Geneva. 


Pada Jun 5, 2015, Ketua Perhubungan Luar Israel, Dore Gold telah bertemu dengan General Anwar Majed Eshki daripada Saudi di sebuah mesyuarat di Washington, dimana Dore Gold telah membentangkan strateginya mengenai pelan RTT. Isi utama dokumen tersebut ialah mengasaskan kerjasama militer antara negara-negara Arab dengan Israel dan keperluan bersama untuk mengasingkan kerajaan Iran.
Raja Salman dari Arab Saudi telah membenarkan putera dan taikun media Al-Waleed bin Talal untuk memulakan perbincangan dengan pertubuhan intel Israel, dengan tujuan untuk mengasaskan kembali hubungan Israel dengan negara-negara sekitarnya. Putera Talal telah menyeru kepada kesemua penduduk di Timur Tengah, yang telah dipecah-belahkan akibat peperangan, untuk mengakihiri kebencian mereka kepada Yahudi. Dia juga telah mengumumkan bahawa lawatannya ke Jerusalem telah menandakan permulaan untuk “keamanan dan persaudaraan” antara Israel dan negera-negara Arab sekitarnya. Media Arab melaporkan bahwa Menteri Minyak dan Galian Saudi, Ali Al-Naimi telah bersetuju bahawa negaranya telah bersedia untuk mengekport “emas hitam” ke mana-mana negara di dunia ini, termasuk Israel. Menteri Saudi tersebut juga menjelaskan bahawa tiada halangan untuk menjalin hubungan dagangan dengan Israel.

Pada Ogos 2014, Menteri Hubungan Luar Negara Saudi, Putera Saud Al-Faisal telah melaungkan di perhimpunan dunia … Islam di Jeddah: “Kita mesti membuang perasaan benci kepada Israel dan kita sepatutnya menjalinkan kembali hubungan dengan negara Yahudi.” Dore Gold, menyatakan kepada berita agensi Bloomberg: “Pendirian kami hari ini pada waktu ini tidak bermakna kami telah menyelesaikan kesemua permusuhan yang dihadapi negara kami dengan negara sekitarnya sejak bertahun-tahun. Tetapi, harapan kami ialah kami akan menyelesaikan permusuhan tersebut dengan sepenuhnya pada tahun-tahun seterusnya, dan Riyadh (Arab Saudi) akan memainkan peranan utama dengan menjadi teman strategik negara Yahudi.
  
Perlu diketahui, bahawa perhubungan antara wakil Arab Saudi dan Israel menjadi lebih kerap setelah perjanjian antara wakil antarabangsa dan Iran mengenai program nuklear Iran. Tel-Aviv mengatakan perjanjian nuklear Iran itu adalah suatu “kesalahan besar” dan Riyadh menganggap perjanjian tersebut sebagai ancaman besar kepada kepentingan negaranya. Makanya, bukanlah suatu kebetulan apabila Raja Saudi dan sebahagian daripada negara di dalam Persatuan Kerjasama Semenanjung Arab (PKSA) bertindak untuk tidak terlibat di dalam sebuah mesyuarat mengenai negara-negara Arab pada 14 Mei 2015 di Camp David di Amerika Syarikat. Selepas itu, pada 18 Jun 2015 di Forum Ekonomi St Petersburg, President Russia Vladimir Putin telah bertemu dengan Menteri Pertahanan Saudi dan juga anak kepada Raja Saudi, iaitu Mohammad bin Salman Al Saud. Raja Saudi sendiri dijangka akan datang ke Russia di pertemuan rasmi sebelum akhir tahun ini. Dalam kata lain, Riyadh ingin menunjukkan kepada Amerika Syarikat bahawa perjanjian dengan Iran tersebut telah memaksa pemerintah Saudi mencari sekutu baru. Hanya masa akan memberitahu, sama ada pertemuannya dengan Russia akan mempelbagaikan hubungan luarnya dengan negara lain, atau hanya sekadar memberi tekanan kepada pemerintah Amerika untuk berpihak kepadanya.

Amerika Syarikat terpaksa memberikan reaksi cepat, terhadap deklarasi agresif dan tindakan yang dilakukan oleh sekutu strategiknya dan teman rapatnya (Arab Saudi). Washington (Amerika Syarikat) telah memberi keyakinan kepada Riyadh dan Tel-Aviv bahawa IAEA dan pasukan rahsia Amerika akan memperhatikan dengan ketat terhadap segala kelakuan Teheran (Iran), dalam memenuhi kesemua syarat seperti perjanjian yang telah ditandatangani di Vienna, dan segala sekatan terhadap Iran hanya akan dilepaskan secara beransur-ansur. Negara-negara  (PKSA) telah dijanjikan oleh Amerika akan menerima senjata yang termoden dalam jumlah yang banyak dan terma yang terbaik. Pada masa hadapan, akan diadakan sebuah sistem anti-rudal kepada keseluruhan negara PKSA. Sistem ini akan melindungi semenanjung Arab dengan mewujudkan sebuah perisai yang kukuh terhadap kemungkinan serangan daripada Tehran. Amerika juga akan membantu Arab Saudi di dalam mengebom pemberontak Shiite di Yaman. Di dalam membantu operasi udara koalisi yang diketuai oleh Riyadh, Amerika telah memberikan bantuan pengisian minyak kepada pesawat pejuang Saudi dan memberikan bantuan intel dan senjata. Juga dilaporkan bahawa Israel, atas desakan Washington, telah memberikan bantuan intel terhadap Yaman kepada Saudi.

Di dalam menenangkan Yahudi mengenai perjanjian Amerika dengan Iran, Washington telah berjanji untuk menambah bantuan kewangan kepada Israel untuk masa 10 tahun dengan dilaksanakan “Perjanjian Vienna” – dengan bantuan sebanyak satu setengah billion US dolar. Amerika juga akan bertanggungjawab untuk memberi bantuan kewangan untuk membangun lebih lanjut sistem anti-misil Iron Dome, dan menambah stok misil Israel, yang telah habis setelah Israel menjalankan operasi militer di Gaza pada tahun lepas. Tentera Udara Israel pula akan mendapat sebuah squadron terbaru F-35 pejuang pengebom dengan terma terbaik. Pada waktu yang sama, di masa hadapan, akan diadakan latihan militer bersama antara Israel, AS dan beberapa negara Eropah untuk pertama kalinya sejak enam tahun dahulu. Latihan militer tersebut termasuk membaiki ketepatan serangan misil dan serangan mengebom terhadap sasaran yang berapa jauh dari Israel.

Dengan ini, perjanjian antara pendamai antarabangsa dengan Iran mengenai program nuklearnya telah menyebabkan musuh-musuhnya (Arab Saudi dan Israel) untuk mencari jalan dan kerjasama bersama untuk menghalang ancaman yang dihadapi mereka daripada Iran. Kedua-dua pemerintah Israel dan Saudi tidak percaya bahawa perjanjian Vienna (perjanjian nuklear Iran), akan menyekat pengaruh Iran di Timur Tengah. Kepada mereka, mitos “Kuasa Shia” ialah suatu realiti. Tel Aviv amat bimbang yang Teheran akan memiliki senjata nuklear dan akan menghapuskan kekuatan Israel di Timur Tengah. Lebih-lebih lagi, Israel percaya bahawa Iran akan kembali mengaktifkan bantuan militer kepada kumpulan radikal anti-Israel (Hamas, Hezbollah dan lain-lain). Riyadh pula, percaya bahawa dengan ditariknya sekatan terhadap Republik Islam Iran, Iran akan menjadi semakin maju di bidang saintifik, teknikal, perdagangan, dan sebagainya, dan ini akan membuatkan Iran mampu membangunkan teknologi dan kekuatan militer angkatan tenteranya. Dengan kes ini, keupayaan Iran dalam membantu majoriti Shiah di Iraq, kerajaan Bashar Assad di Syria dan komuniti Shiah di negara-negara semenanjung Arab, Lebanon dan Yaman akan bertambah secara mendadak. Ancaman yang besar akan wujud kepada pemerintah-pemerintah Sunni di semenanjung Arab, lebih-lebih lagi di Bahrain, di mana dua per tiga rakyatnya adalah Shiah, di Yaman dan di Arab Saudi sendiri (di provinsi timurnya), dan negara-negara lain di kawasan tersebut.


Raja-raja di semenanjung tanah Arab tidak bersedia untuk berkongsi kuasa, sumber mineral dan kewangan mereka dengan komuniti Shiahnya. Kewujudan aliansi antara Israel dan Saudi, walaupun sekarang tersembunyi daripada diketahui orang ramai, sesuai dengan kepentingan Amerika di Timur Tengah dan Asia Barat. Washington juga berharap aliansi ini akan melemahkan perasaan anti-Israel di dunia Arab dan Islam, dan mengasingkan kumpulan radikal Islam Sunni dan Shiah. AS juga suka untuk melihat beberapa kekuatan di Timur Tengah pada waktu yang sama (dengan persaingan antara Israel, Turki, Mesir, Arab Saudi dan Iran), yang bersaing dan berlawanan dengan masing-masing tetapi bergantung bergantung kepada Washington, dengan Riyadh dan Tel-Aviv telah dilantik sebagai sheriff di kawasan tersebut. Operasi peperangan Saudi di Bahrain dan Yaman, dan juga bantuan militer kepada puak pemberontak di Syria, dengan jelas membuktikan anggapan ini.

Stanislav Ivanov, PhD di dalam Sejarah, ketua penyelidikan di Instituasi Ekonomi Dunia dan Hubungan Antarabansa dan di Instituasi Pengajian Oriental di Akademi Sains Russia, untuk majalah online “New Eastern Outlook”



Komen dari Al-Mahdi:-

Telah terang lagi bersuluh, bahawa selama ini telah wujudnya aliansi militer antara Arab Saudi dan Israel. Tetapi aliansi militer ini selama ini adalah rahsia dan tersembunyi, sehingga terbuka jua akhirnya.

Ini telah membuktikan dengan sesungguhnya bahawa puak Wahhabi Arab Saudi ini telah bersatu dengan puak Zionis Israel, sejak sekian lama, sejak terwujudnya sebuah negara bernama Arab Saudi. Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah ini juga adalah disebabkan puak Wahhabi Arab ini yang berperang melawan tentera Turki Uthmaniah di dalam sebuah perang saudara yang dikenali sebagai “Perang Revolusi Arab” pada tahun 1910s. Perang di Timur Tengah ini adalah lanjutan daripada puak pemberontak Khawari “Saudi” ini.

Artikel ini dengan jelas menyebut, Arab Saudi akan cuba membaiki hubungan Israel dengan negara2 Islam yang lain. Pada waktu sama, Israel dibenarkan menggunakan ruang udara dan menempatkan jet pesawat pejuang dan helikopter penyerangnya di markas tentera udara Arab Saudi!!!

Pada masa yang sama, Arab Saudi mengebom dan membunuh rakyat Yaman yang lemah, miskin dan tertindas. Juga, pada masa yang sama, memberi bantuan militer kepada penganas-penganas Wahabi yang exterimis, seperti ISIS, Al-Nusra, Al-Qaeda dan sebagainya. Penganas-penganas Wahabi ini pula membunuh, merogol dan memusnahkan negara Arab dan Islam yang sebelum ini adalah sebuah negara yang aman, kaya dan merdeka seperti Libya, Syria, Iraq dan Yaman.

Dimanakah kedudukan Arab Saudi sebagai pemimpin sebuah negara Islam?

Wajarkan umat Islam di seluruh dunia menyokong tindakan kekejaman Arab Saudi ke atas umat Islam yang lain?

Kenapakah Arab Saudi berdiam diri tanpa bersuara langsung bila umat Islam di Palestin di tindas, diserang dan dibom oleh Israel? Sedangkan rakyat Malaysia atau Indonesia kecoh mengenai isu penindasan warga Palestina?
Hahaha…. J. Ini kerana selama ini telah wujud aliansi antara Israel dan Arab Saudi!!! Bila Israel mengebom Palestina, kerja Arab Saudi ialah mendiamkan negara-negara Arab dan Islam disekitarnya daripada mengkritik serangan udara Israel terhadap Palestin.

Jika negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei didatangi pula oleh puak2 penganas Wahabi ini, yang disokong oleh Arab Saudi, adalah umat Islam di Nusantara akan menyokong mereka atau menentang mereka?

Sedarlah umat Islam, kita sekarang hidup di dunia dengan “Fitnah Terbesar”, dan kita perlu sedar jangan terjebak dengan “Fitnah Terbesar” itu. Blog Perang Kiamat akan mendedahkan “Fitnah Besar” itu….

No comments:

Post a Comment